Saturday, July 7, 2007

gambar ct












ct masih anggun memukau

Jika ada yang merasakan penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza sudah hilang ‘taring’ setelah bergelar isteri pada Ogos tahun lalu, ternyata telahan itu tidak tepat. Jumaat lalu bertempat di Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Siti buat julung kalinya mengadakan sebuah konsert khas bagi menghiburkan kira-kira 1,300 penonton yang rata-ratanya terdiri daripada pengguna produk kecantikan Olay Total Effects. Konsert Sambutan Eksklusif bersama Siti Nurhaliza telah dianjurkan oleh P&G, untuk meraikan pengguna-pengguna setia produk itu di mana Siti sendiri adalah duta bagi produk tersebut. Pertama kali mengadakan konsert setelah bergelar isteri, nampaknya Siti masih hebat beraksi di pentas dan tidak keterlaluan jika dikatakan persembahannya masih lagi ‘memukau’. Walaupun ia hanyalah sebuah konsert mini dan jelas tidak segah konsert-konsert solo yang pernah dilakukannya sebelum ini, ternyata itu tidak menjadi alasan bagi bintang terkemuka ini untuk tidak memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya yang hadir memenuhi setiap pelusuk dewan tersebut.
Kesemua penonton yang diraikan pada malam itu terdiri dari pengguna Olay Total Effects yang telah menuntut tiket masing-masing setelah membeli satu botol pelembap muka Olay Total Effects di antara 1 hingga 21 Januari lalu dan ini melayakkan mereka menerima sekeping tiket untuk setiap pembelian. Siti yang tampil di pentas kira-kira jam 9.20 malam membuka tirai konsert dengan mendendangkan lagu Destinasi Cinta. Anggun dengan busana hitam, penyanyi ini secara terang-terangan mengaku agak berdebar untuk membuat persembahan pada malam itu. “Nervous sebenarnya. Maklumlah dah lama tak buat persembahan macam ni. Jadi, bila diberi peluang untuk buat konsert ini, Siti amat menghargainya. “Tapi entahlah, walaupun hanya konsert mini, Siti tetap rasa berdebar,” ujarnya sebaik tamat menghiburkan penonton dengan lagu pembuka tirainya itu. Siti kemudiannya meneruskan persembahan dengan lagu Aku Cinta Padamu, Pastikan dan I Will Always Love You. Tiada siapa yang dapat mempertikaikan kemantapan vokal diva tanahair ini ketika mendendangkan lagu-lagu tersebut, terutamanya ketika dia menyanyikan lagu Inggeris dendangan asal Whitney Houston itu.

ct anggun di Grammy

Busana hitam putih yang direka khas oleh Datuk Bernard Chandran telah menjadi pilihan Datuk Siti Nurhaliza ketika berjalan di acara karpet merah Anugerah Grammy ke 49 yang berlangsung pada Ahad lepas di Staples Center, Los Angeles. Siti yang kelihatan teruja dan berseri bergandingan dengan suaminya Datuk Khalid Mohd Jiwa telah berjalan seiring dengan selebriti terkenal seperti Shakira, Nelly Furtado dan Red Hot Chilli Peppers di acara karpet merah Anugerah Grammy itu. Siti juga telah menghadiri post-party selepas acara tersebut yang dianjurkan oleh Sony BMG di Beverley Hills. Siti yang tiba di acara gilang-gemilang itu menaiki limosin, telah beramah mesra dengan artis terkenal Sony BMG seperti John Mayor, Beyonce, Jessica Simpsons dan Dixie Chicks. Pemergian Siti ke Grammy adalah kerana dia telah memenangi dua tiket ke anugerah tersebut pada bulan Mac tahun lepas ketika terpilih sebagai Artis Berpakaian Paling Cantik di acara Ritz Carlton "Breakfast With The Stars" atas tajaan Star World tahun lalu. Ikon Malaysia ini bertuah dapat menjejakkan kaki ke anugerah berprestij atas cadangan Star World. Penyanyi No 1 Malaysia ini juga telah ditemani oleh juru mekap Nurul Shukor dan pengurus produksi, Saiful Kadri. Penyanyi jelita itu kain jenis Channel yang dibelinya dari London baru-baru ini.

ct menerima gelaran datuk

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) daripada Sultan Pahang hari ini menganggap ia sebagai satu penghormatan kepada golongan penggiat seni tanah air. Katanya, darjah kebesaran itu membuktikan kerjaya dalam bidang seni semakin mendapat tempat dan pengiktirafan masyarakat. Beliau berharap darjah kebesaran yang diterimanya itu bukan sahaja menjadi pencapaian peribadinya tetapi juga dianggap kejayaan buat semua insan seni. Penerimaan darjah kebesaran ini lebih manis dan menjadi satu sejarah dalam hidup saya kerana saya mendapat pengiktirafan daripada Sultan Pahang sendiri, Sultan Ahmad Shah iaitu pemerintah tertinggi negeri kelahiran saya, katanya kepada Mingguan Malaysia di sini.Siti Nurhaliza yang menerima darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan Sultan Ahmad Shah yang ke-76 turut memberitahu, beliau akan aktif menyanyi selagi kehadirannya dalam bidang seni diterima peminat. Tambahnya, penggiat seni hiburan tidak perlu berasa terasing, sebaliknya perlu berusaha keras dalam bidang masing-masing untuk bersama-sama pemimpin dan masyarakat menjayakan agenda pembangunan negara. Siti Nurhaliza yang kelihatan manja dan berpegangan tangan dengan suaminya, Datuk Khalid Mohd. Jiwa menjadi perhatian para tetamu dan penerima bintang dan pingat pada majlis itu yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini. Ramai tetamu turut mengambil peluang untuk bergambar dengan beliau termasuk para pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan. Penyanyi berusia 27 tahun itu yang kelihatan begitu anggun dan menawan sentiasa mengukir senyuman sepanjang majlis tersebut berlangsung

ct berbadan dua?

Apabila bercerita mengenai penyanyi kesayangan ramai, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, perkara paling penting yang orang ingin tahu adalah benarkah isteri kepada usahawan terkenal, Datuk Khalid Mohamad Jiwa ini sudah berbadan dua. Walaupun sudah beberapa kali Siti meyakinkan pihak media bahawa dia masih belum menampakkan tanda bakal bergelar ibu, ada sumber-sumber dalam industri hiburan yang menyatakan harapan Siti dan suami untuk menimang cahaya mata bakal menjadi kenyataan penghujung tahun ini. Bukan sengaja mengada-adakan cerita tetapi kata satu sumber yang rapat dengan Hip menyatakan, Siti dikatakan sudah mula menolak untuk mengadakan persembahan untuk beberapa bulan akan datang iaitu mulai pertengahan bulan ini, semata-mata mahu menjaga kandungannya yang semakin membesar ketika itu.Malah, ada juga sumber lain memberitahu Siti pernah dilihat menjalani pemeriksaan awal khusus untuk wanita mengandung di sebuah pusat perubatan swasta terkemuka di Kuala Lumpur sambil ditemani suami serta ibu tercinta, Siti Salmah Bachik. Difahamkan, peristiwa mengunjungi perubatan swasta itu berlaku baru-baru ini iaitu sebelum Konsert 3 Diva berlangsung di ibu negara. Tidak cukup cerita itu, perubahan bentuk fizikal Siti yang begitu ketara sejak kebelakangan ini setiap kali muncul dalam mana-mana acara seolah-olah membenarkan dakwaan penyanyi yang cukup popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu bakal bergelar ibu. Persoalannya, benarkah semua dakwaan ini? Atau, ia sekadar spekulasi semata-mata. Jika benar kandungan Siti masih di peringkat awal, tentunya penyanyi popular itu mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengehadkan aktiviti nyanyian demi menjaga kandungan. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Sepanjang bulan ini saja, Siti terbabit dengan pelbagai pertunjukan termasuk persembahan sempena Minggu Setiausaha serta Konsert Istana Cinta Datuk Siti Nurhaliza, iaitu persembahan nostalgia P Ramlee dan Saloma di Istana Budaya.

Album perkahwinan ct

Bagi mengabadikan kisah cinta penyanyi Siti Nurhaliza, album ini diterbitkan. Pertalian rapat antara Siti Nurhaliza dan syarikat rakaman SRC semenjak hari pertama dia bergelar penyanyi telah menghasilkan album ini.Seperti yang dikatakan oleh Pengarah Urusan SRC, Tan Su Loke, Siti merupakan aset negara yang sewajarnya menjadi kebanggaan semua pihak.Walaupun sudah bergelar isteri, legasi seni Siti perlu terus dijaga dan diwarisi sebaik mungkin.Lalu kisah cinta Siti terungkap dalam album yang menyelitkan 12 lagu-lagu indah nan mendayu ini. Album ini sudah pun berada di asaran pada 18 September lalu, kira-kira sebulan selepas penyanyi ini menghakiri zaman solonya dengan Datuk Khalid Jiwa.Kisah cinta Siti yang penuh dengan intrig tergambar dalam setiap lagu yang dipilih melatari album ini. Penyusunan lagu pula dibuat dengan cara yang cukup cantik, bermula dari zaman awal pembabitan Siti dalam dunia seni suara sehinggalah kepada detik akhir dimana dia bergelar isteri orang.Lagu Cahaya Cinta yang buat pertama kali didendangkan di hadapan khalayak pada majlis persandingannya juga tidak dilupakan menjadikan tarikan utama untuk peminat membeli album ini.Lebih menarik lagi kalau melihat kepada kulit albumnya yang memuatkan banyak gambar cantik Siti Nurhaliza. Bermula dari zaman 'hingusan' sehinggalah didandan cantik bak puteri untuk album perkahwinannya, semuanya dapat anda nikmati dalam album ini.

ct kini sah isteri datuk K

Hanya dengan satu lafaz, penyanyi nombor satu negara Siti Nurhaliza Tarudin, 27, hari ini sah menjadi isteri ahli perniagaan Datuk Khalid Mohamad Jiwa, 47, pada majlis ijabkabul yang mencatat sejarah sebagai majlis pernikahan pertama artis Malaysia yang disiarkan secara langsung televisyen negara ini. Stesen televisyen swasta TV3, yang diberikan hak penyiaran eksklusif majlis pernikahan pasangan itu di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta di sini, turut menyiarkan majlis pertunangan yang diadakan penuh adat istiadat di Dewan Solat Utama masjid itu kira-kira setengah jam sebelum majlis pernikahan berlangsung. Siti Nurhaliza yang bertudung litup dan mengenakan busana kurung anggun kain lace berwarna putih bertakhtakan batu pertama rekaan pereka fesyen terkenal Radzuan Razwill, kelihatan tenang sebaik akad nikah dilafazkan Khalid pada pukul 11.40 pagi. Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Nasroddin Mat Daud dengan mas kahwin RM22,222 tunai bersamaan dengan sempurnanya, mengikut tempoh tahun dan hari, kitab suci Al-Quran diturunkan. Majlis pernikahan itu, yang diadakan bersamaan 27 Rejab 1427 Hijrah, tarikh peristiwa Israk dan Mikraj, turut dihadiri Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman dan isteri Che Puan Muda Julita Aishah, Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Khalil Yaakob dan isteri Toh Puan Zurina Kassim serta isteri Timbalan Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor. Khalid kemudian menyarungkan cincin emas putih bertatahkan berlian bermata satu ke jari manis Siti Nurhaliza pada majlis membatalkan air sembahyang. Siti Nurhaliza, yang memegang gelaran artis wanita popular Anugerah Bintang Popular sejak tahun 1997, membalas pemberian Khalid dengan menyarungkan sebentuk cincin ke jari suaminya. Anak kelahiran Kampung Awah, Temerloh, Pahang itu menerima tujuh dulang hantaran berkonsepkan tradisional berwarna merah jambu, emas dan krim daripada Khalid,mengandungi wang hantaran RM30,000, bunga rampai dan cincin, set perhiasan diri Chopard, sepersalinan kain jenis lace, beg tangan, seutas jam tangan dan manisan pengikat kasih pasangan itu, strawberi bersalut coklat.

ct memegang gelaran ratu tiara

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin sekali lagi melakar sejarah apabila dia dilantik sebagai duta kepada koleksi terhad, 'Elegance Tiara Collection' bertempat di Palace of the Golden Horses baru-baru ini . Koleksi tersebut adalah hasil rekaan Tracy Ong iaitu pengasas kepada Elegance Club Sdn Bhd dan merupakan tiara eksklusif yang pertama di Malaysia. Ketika memberi ucapan alu-aluan kepada tetamu yang hadir, Siti tidak putus-putus menyuarakan kekaguman dan memuji kecantikan serta keanggunan koleksi tiara dari Elegance Club tersebut. ". Pereka yang berbakat besar itu juga pernah menaja kesemua tiara yang dipakai oleh Siti bagi majlis akad nikah serta persandingannya di KLCC dan Kuala Lipis. Keserasian di antara Tracy dan Siti membuat penyanyi terkenal itu tidak teragak-agak untuk memberi kerjasama apabila diminta menjadi duta. Bagi Tracy dia telah membuat satu pilihan yang tepat dengan memilih penyanyi berusia 28 tahun itu sebagai duta untuk koleksi tiara ekslusif yang akan berada di pasaran pada bulan Disember ini. "Kami mempunyai kerjasama yang baik sejak dari dulu lagi. Malah, Siti begitu kagum dengan Tracy terutamanya daripada segi perniagaan kerana dia merupakan seorang wanita yang gigih berusaha," ujar Siti ketika sidang akhbar yang berlangsung kira-kira sepuluh minit. Siti telah menandatangani perjanjian dengan Elegance Club Sdn Bhd selama setahun dan akan menggunakan koleksi tiara tersebut untuk beberapa majlis yang melibatkan Elegance Club Sdn Bhd. "Bagi Siti, endorsement ini tidaklah seberat mana kerana ianya hanya tertakluk kepada penggunaan tiara sahaja dan bukannya jenis barang perhiasan yang lain," ujarnya yang kelihatan anggun dengan koleksi tiara 'Throne of Pearls' yang bernilai kira-kira RM 2 juta ringgit. Tiara yang disaluti emas putih itu dihiasi dengan koleksi mutiara khas iaitu 'South Sea Pearls'dan disertakan dengan ratusan butir berlian. Pada malam yang sama juga, Siti Nurhaliza turut mengadakan persembahan tertutup di Palace of the Golden Horses sempena Malam Penghargaan untuk pelanggan-pelanggan setia Elegance Club. Kesemua set barangan kemas untuk persembahan pada malam itu ditaja oleh Elegance Club. Manakala busana Siti Nurhaliza ditaja oleh pereka tersohor negara, Datuk Bernard Chandran.

ct mencari bintang Pantene

"Rancangan baru "Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene" ini juga terpaksa dibuat mengikut kesesuaian waktu serta jadual kerja Siti. Siti tiada masalah untuk memberi komitmen sepenuhnya kepada rancangan ini," tegasnya lagi mengenai rancangan yang akan disiarkan pada 17 Disember nanti menerusi TV3.
Sebelum ini, sebuah rancangan realiti khas untuk tatapan kaum wanita pernah diterbitkan dengan kerjasama sebuah syarikat produk kecantikan, Dove iaitu 'Malaysia's Most Beautiful Women'.
Ramai yang beranggapan program 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene' menggunakan format yang sama dengan rancangan tersebut?
"Rancangan Pantene ini lebih disasarkan kepada golongan remaja jika dibandingkan dengan 'Malaysia's Most Beautiful'.
"Rancangan ini juga turut meyelitkan penyediaan ataupun sesi grooming bagi penyediaan mereka sebelum dinobatkan sebagai wajah baru Pantene," tegas Siti yang akan bertindak sebagai hos serta juri untuk rancangan tersebut.
"Di Indonesia, rancangan ini sudahpun bermula. Sepuluh orang gadis sudah dipilih dan kini duduk sebumbung di sana. Namun, keunikkan rancangan ini di Malaysia adalah remaja-remaja yang bertudung turut dipilih untuk menyertai rancangan ini kerana mereka turut merupakan pengguna produk kecantikkan seperti Pantene sedangkan di Indonesia, wanita bertudung tidak digalakkan untuk menyertai," ujar Siti yang bakal menyertai program Mencari Bintang Pantene di Indonesia pada 17 dan 18 Disember ini

penglibatan ct di mentor

Selaku duta produk penjagaan rambut Pantene serta pengasas kepada idea 'Siti Nurhaliza Mencari Bintang Pantene', pasti ramai yang akan mempersoalkan kewibawaan serta komitmen penyanyi yang berasal dari Pahang ini. Siti telah dikriitik dengan hebatnya menerusi rancangan 'Mentor' apabila dia dikatakan tidak memberi kerjasama dan komitmen yang sepenuhnya kepada protegenya, Kat. "Konsep 'Mentor' dan 'Mencari Bintang Pantene' ini sememangnya lain. Ketika Siti ditawarkan 'Mentor', Siti sudahpun memaklumkan kepada pihak penerbitan bahawa Siti sibuk terutamanya untuk persiapan perkahwinan. "Namun, rancangan tersebut terus dijalankan kerana terdapat artis-artis yang lain yang boleh memberi komitmen sepenuhnya pada jangkamasa itu," ujar Mentor kepada Kat ini. Kat merupakan adik ipar kepada penyanyi rock popular Amy Search.

album ct

Siti Nurhaliza atau lebih dikenali dengan nama Datuk Siti Nurhaliza telah banyak merakamkan albumnya daripada tahun 1996 hingga 2006. Buat masa sekarang beliau mempunyai 27 album antaranya ialah Siti Nurhaliza, Siti Nurhaliza-2, cindai, Adiwarna, Pancawarna, Sahmura, Safa, Sanggar Mustika, Seri Balas, Konsert Live Siti Nurhaliza, The Best Of Siti Nurhaliza, The Best Of Siti Nurhaliza(versi Indonesia), The Malaysia Book Of Record, Melodi Kristal, Konsert Mega Siti Nurhaliza, Konsert Salam Terakhir Siti Nurhaliza Untukmu Sudir, Juara Lagu Bersama Siti Nurhaliza, CT best 5, E.M.A.S, CT Best 6,Prasasti Seni, CT Best 7, CT Best 8, Secretaries Week Celebration 2004,Siti Nurhaliza Live In Concert 2004, Siti Nurhaliza In Concert at Royal Albert Hall, Cerita Cinta Siti nurhaliza dan Transkripsi. Dalam sebuah album beliau telah memuatkan dalam 25 buah lagu, semua lagu yang dimuatkan adalah lagu-lagu beliau secara solo dan duet.

asal-usul ct

Siti Nurhaliza dibesarkan dalam keluarga berdarah seni kerana boleh dikatakan ahli keluarga dan saudara mara Siti merupakan penggiat seni yang aktif di kampungnya, Kuala Lipis, Pahang. Bermula dengan arwah datuknya, sebagai pemain biola, diikuti oleh bapa saudara dan sepupu-sepupunya yang aktif bermain muzik, begitu juga ibunya yang turut aktif menyanyi di kampung , barangkali darah seni itu mengalir dalam diri Siti secara tidak langsung. Memandangkan Siti seorang yang pemalu, dia tidak pernah mahu muncul di pentas kecuali acara kebudayaan di sekolahnya sahaja. Sewaktu usianya 12 tahun, Siti telah dipujuk dan ditarik oleh sebilangan kanak-kanak iaitu anak-anak polis ke pentas untuk menyanyi dalam satu acara di Balai Polis, Kuala Lipis. Bermula dari situlah Siti memberanikan dirinya untuk muncul menyanyi di pentas. Lebih menarik, menerusi percubaan pertamanya menyanyi itu, dia telah diundang menyanyi di Hotel Melia, Kuala Lumpur selang beberapa hari selepas acara di balai polis tersebut. Siti menyanyi di hotel tersebut bersama pemuzik yang diiringi bapa saudaranya dan turut berduet dengan abangnya, Ayie, dalam persembahan tersebut. Kemudian, dia mencuba nasib dalam pertandingan nyanyian Hari Merdeka di Kuala Lipis dan muncul sebagai juara. Sewaktu pertandingan itu, beliau menyampaikan lagu Bahtera Merdeka. Seterusnya untuk dua berturut-turut Siti merangkul gelaran juara dalam pertandingan nyanyian Karnival Lipis sehinggalah pihak penganjur tidak lagi membenarkan Siti menyertainya. Dalam pertandingan tersebut, Siti menyampaikan lagu Janji Manismu dan Madah Berhelah. Pada tahun 1995, Siti mencuba bakatnya ke tahap yang lebih tinggi apabila menyertai pertandingan Bintang Hiburan Minggu Ini anjuran RTM. Nasib menyebelahi Siti apabila dia muncul sebagai juara dan bermula dari situlah ramai pihak yang berminat untuk melamar Siti menjadi artis rakaman.

Anugerah ct

2007
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2006

2006
ANUGERAH ERA 2006
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2006
ANUGERAH PLANET MUZIK 2006
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN

2005
ANUGERAH JUARA LAGU KE-20 2005
THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
ANUGERAH ERA 2005
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2005
HITZ1ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN
ANUGERAH PLANET MUZIK 2005MTV
ASIA AWARDS 2005
2004
SCTV MUSIC AWARDS
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2004
ANUGERAH PERSONALITI HIBURAN 2003
PILIHAN PEMBACA MAJALAH MANJA
ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2003
THE MALAYSIA BOOK OF RECORDS (Gold Edition)
ANUGERAH PLANET MUZIK 2004
ANUGERAH URSMTV ASIA AWARDS 2004
ANUGERAH SENIMAN
2003
ANUGERAH JUARA LAGU KE-18
ANUGERAH ERA 2003ANUGERAH MUSIK INDONESIA
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2003
ANUGERAH PLANET MUZIK 2003
ANUGERAH PERSONALITI HIBURAN 2002
MTV ASIA AWARD 2003
ANUGERAH JUARA LAGU KE-17
2002
ANUGERAH PARTI CIT CAT
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2002
ANUGERAH ERA 2002
VOICE OF ASIA 2002
KONSERT HITS PILIHAN PENDENGAR RMKL
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2002
MTV ASIA AWARD 2002
ANUGERAH PLANET MUZIK SINGAPURA 2002
ANUGERAH CERIA MEDIA HIBURAN
2001
JUARA LAGU 2001
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2001
ANUGERAH ERAANUGERAH URSTHE MALAYSIA BOOK OF RECORDS
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2001
ANUGERAH MUZIK INDONESIA 2000
PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN
ANUGERAH PLANET MUZIK SINGAPURA 2001
2000
JUARA LAGU 2000
ERA CORNER 2000
ANUGERAH BINTANG POPULAR 2000
ANJURAN PAPITA 2000
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 2000
1999
COVER TERCANTIK MAJALAH WANITA
PERTANDINGAN POSKAD SENSASI MANGGA
PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1999
PERTANDINGAN NYANYIAN ANTARABANGSA PASIFIK SELATAN '99 AUSTRALIA
JUARA LAGU 1999
FESTIVAL MUZIK SHANGHAI 1999
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1999
1998
ANUGERAH CARTA RIM 1998
JUARA LAGU 1998
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1998
1997
CARTA RADIO 3 SHAH ALAM 1997
JUARA LAGU 1997
PILIHAN PEMBACA MEDIA HIBURAN - PPMH 1997
ANUGERAH BINTANG POPULAR 1997
ANUGERAH INDUSTRI MUZIK 1997
ANUGERAH MUZIK SINGAPURA 1997
1996
JUARA LAGU 1996
1995
BINTANG HMI 1995

ct juara hmi

Kegiatan seni Siti bermula ketika di bangku sekolah tabika lagi iaitu beliau bersama rakan-rakannya membuat persembahan sewaktu majlis penyampaian sijil bagi tabika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam acara kebudayaan di sekolah rendah dan menengah selain aktif dalam acara sukan. Beliau juga sering mengikuti Family Group iaitu band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam persembahan iaitu majlis kahwin. Siti mula menyertai pertandingan nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun dan menjadi Juara bagi pertandingan nyanyian hari kebangsaan. Beliau menyanyi lagu Bahtera Merdeka dan dari situlah beliau berani tampil di khalayak terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival di Kuala Lipis. Barangkali sudah menjadi tuah Siti Nurhaliza pada tahun 1995, percubaan dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu ini anjuran RTM telah membuka peluangnya bergelar artis rakaman. Walaupun sebenarnya cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai polis namun rezeki yang datang bergolek tidak dapat ditolak. Setelah bergelar Juara Bintang HMI, syarikat rakaman Suria Record telah menyunting Siti menjadi artis rakaman mereka. Ketika itu, usia Siti baru 16 tahun dan beliau masih menuntut di tingkatan 4. Berkat sokongan padu keluarga dan guru-guru serta teman sekolah, Siti dapat menjalani kehidupan sebagai artis dan pelajar tanpa menghadapi masalah. Sehingga hari ini, Siti telah muncul dengan 10 buah album solo, 3 album Konsert live Siti Nurhaliza dan beberapa album duet serta album kompilasi. Dalam tempoh 9 tahun mengorak langkah sebagai artis, usaha gigihnya telah membolehkan Siti mencatat namanya di dalam Malaysia Book Of Records sebagai artis paling banyak memenangi anugerah di Malaysia (Most Awards Won Artiste). Sehingga kini, beliau telah memperolehi lebih 112 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Siti juga telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan nyanyian Voice of Asia 2002 dengan merangkul Juara Grand Prix.

Biodata ct nurhaliza

Nama sebenar beliau ialah Siti Nurhaliza Binti Tarudin,beliau juga mempunyai nama samaran atau pun nama pentas iaitu Siti Nurhaliza,beliau lahir pada 11 Januari 1979 dan beliau lahir di Kampung Awah, Temerloh, Pahang.belau adalah Anak kelima daripada lapan adik beradik,beliau juga gemar Menonton VCD dan membaca majalah pada waktu lapang. Warna kegemaran beliau ialah Hijau dan warna pastel. Makanan kegemaran beliau ialah Masakan kampung, Thai dan masakan ibu manakala minuman kegemarannya ialah Minuman panas. Dalam banyak-banyak muzik di dunia ini beliau paling suka muzik Pop, Alternative, R&B, Tradisional. Artis pujaan beliau ialah Ziana Zain, Celine Dion, Allahyarham Sudirman & P.Ramlee. perkara yang tidak disukai beliau ialah beliau tidak suka Dipaksa dan menilai seseorang tanpa usul periksa, manakala perkara yang disukai beliau ialah Shopping, mengusik anak buah dan memerap di dalam bilik. Beliau juga mempunyai prinsip sendiri iaitu “Tak mati dek keji, tak hidup dek puji" dan harapan beliau pada masa depan ialah Menaikkan martabat industri muzik tanahair dan menempatkan diri di mata dunia.