Saturday, July 7, 2007
ct juara hmi
Kegiatan seni Siti bermula ketika di bangku sekolah tabika lagi iaitu beliau bersama rakan-rakannya membuat persembahan sewaktu majlis penyampaian sijil bagi tabika berkenaan. Kemudian beliau aktif dalam acara kebudayaan di sekolah rendah dan menengah selain aktif dalam acara sukan. Beliau juga sering mengikuti Family Group iaitu band yang dimiliki oleh kaum keluarganya dalam persembahan iaitu majlis kahwin. Siti mula menyertai pertandingan nyanyian di kampungnya sewaktu berusia 12 tahun dan menjadi Juara bagi pertandingan nyanyian hari kebangsaan. Beliau menyanyi lagu Bahtera Merdeka dan dari situlah beliau berani tampil di khalayak terutamanya dalam acara kebudayaan atau karnival di Kuala Lipis. Barangkali sudah menjadi tuah Siti Nurhaliza pada tahun 1995, percubaan dalam pertandingan Bintang Hiburan Minggu ini anjuran RTM telah membuka peluangnya bergelar artis rakaman. Walaupun sebenarnya cita-citanya ingin menjadi seorang pegawai polis namun rezeki yang datang bergolek tidak dapat ditolak. Setelah bergelar Juara Bintang HMI, syarikat rakaman Suria Record telah menyunting Siti menjadi artis rakaman mereka. Ketika itu, usia Siti baru 16 tahun dan beliau masih menuntut di tingkatan 4. Berkat sokongan padu keluarga dan guru-guru serta teman sekolah, Siti dapat menjalani kehidupan sebagai artis dan pelajar tanpa menghadapi masalah. Sehingga hari ini, Siti telah muncul dengan 10 buah album solo, 3 album Konsert live Siti Nurhaliza dan beberapa album duet serta album kompilasi. Dalam tempoh 9 tahun mengorak langkah sebagai artis, usaha gigihnya telah membolehkan Siti mencatat namanya di dalam Malaysia Book Of Records sebagai artis paling banyak memenangi anugerah di Malaysia (Most Awards Won Artiste). Sehingga kini, beliau telah memperolehi lebih 112 anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara. Siti juga telah berjaya mengharumkan nama negara dalam pertandingan nyanyian Voice of Asia 2002 dengan merangkul Juara Grand Prix.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment